Want your
own Fotopage?








 
nurwanis's FotoPage

By: nurwanis mohd noor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 29-May-2008 01:52 Email | Share | | Bookmark
Berpindah ke rumah baru

Ni keadaan dalam rumah
Berhijrah
Bos tengah posing
yeaaa dah pindah ke rumah baru. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar.

Yang best nye tak payah susah-susah buat moving checklist dan tak perlu buang duit hire moving company...lagipun barang sikit jer.

Yang paling tak seronoknya, line internet takda lagi.






dlm takde internet tu pun, sempat lagi update tu...syabaaasss! kiutla ammar baby, skarang ni hensem
Sat 19-Jul-2008 16:37
Posted by:zaiy  - [Link]
Add comment


Wednesday, 21-May-2008 04:41 Email | Share | | Bookmark
Hari malas

 
Tak tahu la apa nak jadi.........

Semua kerja-kerja rumah malas nak buat..

Yang rajin nye Makan



Lepas tu...tidor






Care to comment?


Wednesday, 14-May-2008 14:01 Email | Share | | Bookmark
Nasi Goreng Tomyam

 
Atas permintaan zai pagi tadi...ha ni dia gambar masakan ku. Betul kata zai..memang sedap resepi kak liza ni . Walaupun takda udang kering, isi ayam dan sotong, tapi end product nya memang sedap. Hehe perasan.. .

Sebelum ni pakai pes tomyam jer buat resepi ni. Bila dah takde pes tomyam kat kedai, baru gelabah cari resepi kat internet.

So selamat tinggal pes tomyam segera ku!!!



Nasi Goreng Tomyam
Sumber : kakliza

Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil] - saya tak bubuh, stok takda
100 gm isi ayam [hiriskan nipis] - saya tak bubuh, stock takda
100 gm carrot [potong dadu] -
100 gm kobis bulat [potong kecil] - saya tak bubuh
1 bij telur
daun ketumbar [racik] - saya tak letak
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara- caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.

nasik goreng tomyam...
ari tu masuk FP sape tah
pun nasik goreng tomyam
musim skrg ke??
nt akak nak cuba jugak la
Thu 15-May-2008 03:17
Posted by:MaMaAiNa  - [Link]
salam kenalan utk anis jugak....dah lama tggl diDubai..dok kat umah zaiy kan....skrg ni musin nasi goreng tomyam ek..semua dok pakat buat tu je...sedap ni
Thu 15-May-2008 07:21
Posted by:nor  - [Link]
blawan ke warga dubai sme..watle competition...i jd judge bley rsa..i part mkn jek reti..best tuh..
Sat 17-May-2008 16:30
Posted by:m4m43r1k4  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 23-Apr-2008 22:06 Email | Share | | Bookmark
Ski Dubai

Panduan main Ski
Locker
Di kaunter tiket...nasib baik tak ramai
View all 18 photos...
Our family quality time at Ski Dubai.

Ski dubai ni dalam Mall…Mall of Emirates. Ski dubai ni antara indoor ski resort yang terbesar di dunia.

Kami tak main ski, cuma masuk snow park je. Harga AED80 for adult. Suhu masa tu, -3 °c .

Kalau datang sini tak perlu risau pasal baju dan lain-lain peralatan, semuanya disediakan kecuali sarung tangan dan cap.

Antara yang disediakan adalah baju sejuk (boleh pilih sama ada nak jenis 2pcs atau 1 pcs), boots dan helmets. Helmets wajib utk kanak-kanak berumur 3-12 tahun. Disposable socks diberi percuma.

Di kawasan snow park , ada small café yang menyediakan minuman hot choc dan lain-lain. Hot choc harganya lebih kurang RM9+ @ AED10, small cup.


Quote:
Zai> eh sama le, kalau ikutkan perancangan memang nak pergi time panas lit2 tu....tapi kami ramalkan mesti ramai time tu ....agaknya beratur mesti panjang masa time nak beli tiket , ambik baju dan nak refund ticket locker. Ramalan jer..
Tapikan best jugak pergi masa tu, ada sales Musim Panas (Dubai Summer Surprises 2008 -19 June and 21 August 2008) . Lepas main ski boleh terus shopping sakan.

bestnya g ski dubai. kamipun ada plan nak gi, tunggu cuti sekolah muaz nanti, time panas lit-lit tu sesuwai sgt gi situ.
Thu 24-Apr-2008 09:25
Posted by:zaiy  - [Link]
hye..salam perkenalan..
Fri 2-May-2008 11:08
Posted by:m4m43r1k4  - [Link]
Add comment


Friday, 11-Apr-2008 14:16 Email | Share | | Bookmark
Roti Canai 'n' kuah Dal

 


Sejak duduk dubai ni rajin plak buat kuah dhall ni, sebelum ni kat malaysia beli yang segera dan makan kat kedai .

Nasib baiklah kat sini ada jual roti prata segera aka roti canai segera, made in malaysia, jenama 'KAWAN' . Save time

Untuk resepi roti canai boleh le lawat fotopages http://mamafami.fotopages.com/?entry=678024.

Resepi Kuah Dhall Ammar

Bahan tumis pertama:-

1 sudu kecil biji sawi aka Mustard seed (tak letak, lupa beli)
1 sudu kecil jintan putih aka Cumin(Jeera) seed
Bawang putih
Bawang Merah
Daun Kari

Bahan tumis kedua:-
Cili kering
Jintan putih

Bahan rebus:-
1 mangkuk kecil Kacang dal
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam

Sayuran:-

Carrot, kacang panjang, kentang

Cara-cara:-

1. Rebus kacang dal sehingga empuk, masukkan garam dan serbuk kunyit
2. Tumis bahan tumis pertama sehingga naik bau
3. Masukkan kacang dal yang telah empuk
4. Masukkan bahan sayuran
5. Bila sayuran dah masak, masukkan bahan tumis kedua

Sedia untuk dihidangkan.


Quote:

1. Zai> selain cicah ngan roti canai, sy suka sangat makan kuah je
2. Mamaaina > Kak, sy xdalah rajin sangat...bila tengok resepi kat fp rasanya semuanya nak cuba, tapi apakan daya masih liat nak mencuba . Thanks kak kerana sudi melawat fp sy yg x seberapa ni.
3. Nurul > Betul tu nurul, masa kat m'sia selagi ada yang segera semua nak beli, bila kat sini terpaksa la rajinkan diri buat sendiri. Lagi pun, masih bercuti dari bisnes. .

kuah dhal...? uisshh, sedap tu cicah roti canai panas2!! terbayang2 ni..
Sat 12-Apr-2008 03:08
Posted by:zaiy  - [Link]
rajin nye buat sendiri
akak dulu rajin gak buat sendir
siap simpan dlm fridge
tp yg tak tahan nye
anak2 ashik nak makan roti canai
penat sehh ashik kena masak roti tu hehe

ubah selera lak skrg...
tp skrg dah join FP makin byk resepi nak dicuba
seronok anak2 tgk mama dia org laju je kat dapor
siap request lg menu2 yg dia org npk best
Sun 20-Apr-2008 07:48
Posted by:MaMaAiNa qutreen315@yahoo.com  - [Link]
ok lah tu....
masa sekarang ni la wanis kena tunjuk lebih sikit skill memasak , masa kat Malaysia kadang - 2 tu sibuk benda yang senang pun kadang2 x ada masa.
Wed 23-Apr-2008 05:10
Posted by:nurul kakak_adiq@yahoo.com.my
Add comment


Tuesday, 8-Apr-2008 07:43 Email | Share | | Bookmark
Restoran Mutiara/ Mutiara Restaurant Dubai

 
 
 
View all 5 photos...
Bagi pengemar makanan asli Indonesia, ini lah tempatnya. Restoran ni baru buka dalam bulan March 2008. Dapat tahu pun dari email ina, dubai.

Sebenarnya tiada perancangan nak ke restoran ni dan tak tahupun lokasi kat mana.

Masa jalan-jalan di karama dan dalam perjalanan nak ke Burjuman mall ternampak pulak Restoran Mutiara ni. Jadi kami terus masuklah…….padahal baru je lepas makan aiskrim N popia( bekal untuk ammar) di Baskin Robin .

Menu enak banget ( tiada MSG katanya), harga reasonable, tempat strategic dan berdekataan dengan station bas.

Sate kambing dan kuah kicapnya ummpphh marveles . Sup ekor dipanggil sup buntut..heheh first time dengar. Sup ekornya tidak liat dan enak.

Oh ya jangan lupa sediakan cash aa..semasa artikel ni ditulis.. restoran ni masih belum menerima kad kredit. Service charge 10%.

Untuk makluman, mereka ada juga menawarkan package penghantaran makanan tengahari ke opis atau tapak site.

Untuk maklumat lanjut sila lawat http://www.mutiara_restaurant.com/site_flash/index.html

Insya Allah kami akan kesini lagi.


hye..salam..
Tue 8-Apr-2008 13:23
Posted by:m4m43r1k4  - [Link]
oo..dah p dah restoran tu erk..ni promote2 ni mintakla komisyen kat tokey kdai tu, mana ble promote free jer..
Wed 9-Apr-2008 04:53
Posted by:zaiy  - [Link]
>>>zai... sj suka2 promote, takde komisyen pun.....jom bila2 senang kita gi sama.

>>>mama heidi, salam perkenalan
Fri 11-Apr-2008 11:01
Posted by:anis  - [Link]
Add comment


Sunday, 23-Mar-2008 19:43 Email | Share | | Bookmark
di Burjuman Mall, Dubai

 
 
Baby toilet
View all 7 photos...
3rd destination yang di tuju masa mula2 datang Dubai. Salah satu shopping centre yg terawal di , Dubai.

Kalau nak cari abaya dan selendang yg exclusive ada disini. Selendang exclusive jenama DKNY, GUCCI, CHANNEL dll ada d sini. Saja cuci mata jer....nak beli belum ada kemampuan .
Beribu regenya.

Ammar suka main d Toby's Adventure Land (tingkat 3).
Mummy pulak suka pergi kedai buku magrudy's je.... .

For more info please visit http://www.burjuman.com/site/index.php



salam...oo diam2 dah update ye..nice pic. nanti leh la dtg melawat sini pulak.
Tue 25-Mar-2008 17:02
Posted by:zaiy arzai_73@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Sunday, 23-Mar-2008 19:26 Email | Share | | Bookmark
My Son...Ammar

dlm majalah mama n papa
Promosi product car seat safe n sound
Promosi product mickey mouse
View all 6 photos...

Care to comment?


Tuesday, 1-Jan-2008 03:53 Email | Share | | Bookmark
Big Bus City Tour

 
 
 
View all 7 photos...
Jom ronda-ronda dubai dengan Big Bus.

Best tau naik big bus ni, dapat tengok pemandangan kota dubai yang cantik ni dengan lebih jelas dari atas bus ni. Kalau musim panas, boleh masak duduk kat atas bus ni..nasib baiklah sekarang musim sejuk.

Harga ticket AED 175 dewasa - anggaran RM174, kanak umur 5 tahun keatas AED100. Ticket saya beli di burjuman mall, kat Deira city centre pun ada.
Dalam bus ni ada tourist guide yang akan bagi information tentang tempat2 yang dilalui. Sambil-sambil tu boleh tengok map yang diberikan percuma.


Apa yang best lagi naik big bus ni:-

1. Dia cover 20 tempat yg mesti singgah di dubai ni
2. Konsep hop-on hop–off, kita boleh berhenti kat mana-mana hentian. Time table ada disediakan. Jangan Hilangkan tiket aa…
3. Free coupon untuk dhow cruise, bila2 masa pun boleh naik …selagi air kat creek tu tak kering…
4. Free entry ticket dubai museum

Yang tak best masa naik bus ni:
1. Lupa bawak kamera, pakai camera hp je.
2. Ammar tido

Kalau tengok map big bus ..…nampak tak red route and blue route?
Elok plan dulu tempat mana yang nak singgah dan search kat internet tentang setiap hentian….kalau semua tempat nak singgah rasanya tak cukup masa kot.

Laluan merah (Red route) cover :-

Wafi City
Dubai Creek
Dubai Museum (al Fahadi Fort)
Dubai old souq
Sheikh Saeed Al Maktoum House
Gold Souk
Abra Station Dhow Creek Cruise
Deira city centre
Burjuman
Karama Market


Laluan Biru (Blue route) cover:-


Dubai City Centre
Waif city
Jumeirah mosque
Mercato Mall
Jumeirah Beach park
Jumeirah Public Beach
Souq Madinat Jumeirah
Mall of Emirates
Time square shopping centre
Festival city






Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.